TRAK MAI DAH!

Inilah rupa trak yang aku naik hari-hari
Dari darjah 3 sampai darjah 6, aku pergi balik sekolah naik trak. Trak ni level anak-anak koperal dan ke bawah la. Anak sarjan jalan kaki je, blok diorang dekat. Anak pegawai pulak naik land rover, sebab diorang tak ramai. Kalau kelas petang aku pergi naik landrover sebab tak ramai, dan kadang-kadang aku tumpang land rover Anissa (bapak dia leftenan konel, ade Batman sendiri, ade land rover lagih). Kadang-kadang sangat je abah aku hantar. Bab berebut naik trak tak payah cakap la, macam orang nak naik haji dah aku tengok smua. Mak aku selalu pesan ‘naik trak, jaga adik tu’. Masa tengah tunggu trak, aku ingat lagi pesan mak aku tu. Jadi,aku beli dua aiskrim,bagi adik aku satu. Tapi, tiba-tiba ade yang jerit ‘trak mai dah!’, aku lari pecut ke tangga trak. Tak lain tak bukan, aku dan sahabat baik aku (nurul Az-Zahra) jadi orang pertama sampai atas trak. Kalau tak ikut tangga, kitorang panjat je ikut pagar trak tu je. tak kuasa aku nak beratur. Dari atas aku senyum riak tengok budak-budak kat bawah masih beratur nak naik trak. Tetiba, ‘alamak!terlupa adik aku’. Menyusahkan betul budak cenonet ni. Aku nampak adik aku duk tarik beg roda sambil berlenggang-lenggang bawa aiskrim kat tangan kiri. Dia memang macam tu, selalu leka/ralit. Pernah skali dia kena tinggal sorang-sorang masa ikut rombongan sekolah sebab beratur belakang skali, pastu ralit tengok orang susun meja je pon. ‘Ko ingat kita pakai drebar ke?’ bisik aku dalam hati. Buatnye trak penuh, balik jalan kaki lah ko. Terpaksalah aku buat muka kesian, ‘Pakcik!pakcik!tolong angkat adik saya tu, yang belakang sekali tu.’ Pakcik tu pun angkat la adik aku skali dengan beg dia naik trak. ‘Wah, ngade-ngade ko ea. Ingat ko anak raja ke?Kena tinggal padan muka. Ko balik sorang-sorang la jalan kaki. Ade orang gila tengah jalan tu’aku cuba menakut-nakutkan dia dengan harapan esok dia tak lembap lagi. Tapi, seperti biase dia memang yang paling belakang skali beratur. Dan setiap hari jugaklah pakcik tu kena angkat dia naik trak.

Rupa dalam trak yang kosong
Bila kat atas trak tu, aku mesti ambik port depan kat jaring yang nampak sikit tu, sebab aku tak tahan duk tengah-tengah tak nampak dunia (rase macam duk dalam kotak pastu kena tendang), ataupun duk belakang, walaupun nampak dunia luar tapi bergerak mengundur lagilah aku pening. Bile trak gerak pulak, mak aii, melayang-layang la ko. Selalunya kapasiti satu trak tu dalam 50 orang. Time trak pusing ke kanan, semua 50 orang bergerak ke kanan, bukan gerak sikit-sikit, sampai himpit budak lain. Time gerak ke kiri, semua himpit ke kiri, mak aih, aku di tepi skali nih, tinggal nyawa-nyawa ikan je lagi, muka aku melekat terus kat jaring-jaring tu sampai tinggal bekas kat pipi nih. Sampaikan mak aku tanye ‘tidor ke dalam trak tadi?’, aku yang masih bengang sebab kena himpit tadi hanya menganggukkan kepala sahaja. Adik aku pulak, tengah seronok jilat aiskrim dapat duduk tepi pakcik escort tu.
P/s: kadang-kadang aku tak peduli pon adik aku kat belakang tu, aku lari naik duk kat drebar. Tapi, tak pernah lagi dia balik jalan kaki. Dia takut orang gila tengah jalan tu.
nice...sgt suke entry ni....huhu =P
ReplyDeletetenkiu2..saya budak baru belajar menulis.:)
ReplyDelete