Saturday, March 19, 2011

Episod: Pondok-pondok

Episod: Pondok-pondok


Bila tengok cerita Upin Ipin episode pondok-pondok ni, tetiba aku teringat zaman kanak-kanak dulu. Permainan wajib semua kanak-kanak semestinya pondok-pondok. Kalau hang pa semua lahir era 90an ke, 80an ke, hang pa mesti pernah main. Tak kiralah laki ka, pompuan ka, hang toksah tipu la. Zaman aku dulu, main pondok-pondok ni adalah perkara wajib setiap petang. Memandangkan bapak –bapak kitorang semua askar, so part nak mencari ‘perkakas’ adalah sangat senang. Selalunya aku rembat barang-barang yang bapak aku guna untuk masuk hutan tu, macam bekas memasak, lilin dan lighter. Perkakas tambahan lain seperti tin milo sebagai dapur (buat api dalam tin), kayu-kayu kecik sebagai sodek dan daun, rumput, tanah, pasir dan batu sebagai bahan masakan. Lokasi memasak ialah dalam reban ayam atas bukit, tepi blok kitorang nih. Sebenarnya, kedudukan reban ayam ni di bawah tanah. Camne nak citer ea?La, macam kita tengok lubang paip air kat tengah jalan raya tu,haa, lepas tu ade macam bilik bawah tu. Macam tu lah. Lantak korang lah nak faham camne. Selalunya yang jadi tukang masak ialah Ayu anak cik ramli, dia siap pakai apron lagi. Entah apron sape la yang kena rembat. Selalunya benda yang dia masak, seperti yang aku sebut tadilah, daun, rumput, batu, dan pasir, kalau ade rezeki lebih sikit, barulah kitorang boleh masak belalang, katak atau semut. Tak berani aku nak masak ayam dalam reban tu, takut abah aku tahu nanti, aku pulak yang kena sembelih kang.Kalau yang lelaki berebot nak jadi bapak. Selalunya Ehsan, adik si ayu akan jadi bapak sebab dia paling besar(paling samseng). Kostumnya untuk seorang bapak adalah seperti songkok, kain pelekat, dan pistol air(selit kat tepi kain pelekat tu, aku pon tak faham kenapa pistol menjadi kostum wajib). Aku dan lain-lain hanya akan pegang watak tambahan sahaja iaitu sebagai anak. Suatu hari, aku dan Ehsan turun awal sikit dari budak-budak lain dengan harapan nak cari belalang atau katak untuk dimasak. Tiba-tiba ‘weh, tengok tu, besarnye ular. Bapak kau baru beli ke?’ tanya Ehsan kepadaku setelah melihat seekor ular sawa sepanjang 9 meter di penjuru reban, tak bergerak kekenyangan (jangan pelik, itu soalan biasa dari Ehsan sebab dia tak takut ape benda, ular pon pegang main-main je). ‘Eh,bapak aku tak cakap pon nak bela ular’aku menjawab (aku memang lurus bendul+aku tak takut sangat kat binatang). ‘Terer la bapak ko bela ular macam dalam tv tu’beritahu Ehsan lagi. ‘ Tapi aku rasa taklah. Ni mesti ular orang lain sesat masuk dalam reban ni. Eh kejaplah, aku balik tanye abah aku, ular sape nih?’ aku pon berlari ke rumah. Dengan segera, abah aku dan beberapa rakannya bawak guni dan alat-alat lain untuk tangkap ular sawa tu. ‘Ehsan, ko reti tak, ular sawa lah tu!Bukan anak kucing’ jerit abah aku apabila melihat Ehsan duk tonyoh-tonyoh badan ular itu dengan kayu. Itulah kali terakhir kitorang main pondok-pondok kat situ.

Sekadar gambar hiasan

P/s: Selepas hari tu, abah aku dah tutup terus lubang tu, ayam-ayam pon dia dah alih masuk reban baru kat atas rumah.

Sukaneka Tadika Gerakhas

Cikgu Rahmah sedang sibuk mengedarkan baju rumah sukan pada semua pelajar-pelajarnya. Di tadika ini, ada hanya ada empat kelas iaitu kelas kuning, merah, biru dan hijau. Rumah sukan adalah berdasarkan warna kelas masing-masing. Aku di kelas kuning, secara automatic aku akan masuk rumah sukan kuning. Dalam kelas ni, aku dikira sebagai senior sebab ini tahun kedua aku kat kelas ni (start tadika umur 5 tahun). Selepas dapat baju, aku terus simpan dalam beg. Aku tak jakon macam budak lain, dapat-dapat je, sarung kat situ jugak, tak bukak dah, pakai terus sampai balik rumah. Sampai je kat rumah, ‘ma, comey baju kakak, warna kuning’aku beritahu mak. ‘try la, ma nak tengok’ kata mak aku. Aku pon terus bukak plastic, sarung terus. ‘wah!comeynyo’puji mak aku apabila melihat baju T yang aku pakai labuh sampai ke lutut dan bahagian tangan pula sehingga melepasi sikuku. Nak taknak redha aje la, tu je saiz paling kecik. Memang susah nak cari saiz yang sesuai untuk aku. Di kelas tadi cikgu rahmah dah bahagi-bahagikan acara sukaneka bagi setiap orang. Semua wajib ikut serta kecuali orang yang ada asma, semput, lelah dan cepat pengsan. Alasan lain seperti sakit kepala, sakit perut, sakit gigi, senggugut atau sesungut sekali pun tidak akan dilayan. Kali ni aku masuk tiga acara iaitu tiup belon, bawak bola ping pong dalam sudu dan lari dalam guni. Takdenye aku nak training kat rumah, maklumlah ini bukan sukan kegemaran aku. Jadi pada hari sukaneka tu, aku pakai baju sukan yang besar gedabak tu (tuck in, baru tak nampak besar sangat), pastu mak buat rambut aku tocang dua dan sapu bedak banyak-banyak kat muka kasi putih(mase kecik aku itam sikit). Masa ambil kedatangan, cikgu panggil pelajar satu-satu. ‘Farah shahida!Farah ShahidaFarah Shahida!’jerit cikgu rahmah. ‘Datang!’ jawab aku setelah tiga kali di sebut nama. Sebenarnya aku sedang leka memerhatikan baju pelajar lain. ‘kenapa baju diorang cantik je, muat elok je aku tengok. Ke aku salah pakai baju abah aku?’ fikir dalam hatiku. ‘Mai sini!’panggil cikgu rahmah. ‘takkan la sebab aku tak dengar dia panggil tadi pon nak cubit kot!’bisik hatiku. Cikgu rahmah memang terkenal dengan suka cubit pipi pelajar. Aku tak suka betol!Berdebar jugak, tapi aku cuba untuk cool. Semakin hampir ke arah cikgu, makin lebar senyumnya. ‘cantik baju awak farah!’puji cikgu rahmah sambil bahunya bergoncang menahan ketawa. Dia pun ambil satu pin dan disematkan di bajuku. ‘nak buat ape ni cikgu?’tanya ku hairan. ‘tiup belon nanti!’ bisik cikgu rahmah.

Sekadar gambar hiasan

Pada waktu pertandingan itu, mak aih, peserta lain semua badan besar-besar. ‘ni kalau tiup belon pakai hidung pon setengah nafas je nih’ keluh hatiku. ‘Preet!!’mula pertandingan. ‘Fuh!fuh!fuh!’naik kembung perut aku tiup belon tu, tapi tak besar-besar jugak. Tetiba aku terpandang pin yang cikgu sematkan pada baju T aku ni. Dengan tak semena-mena, walaupun pada mulanya aku ketinggalan dua round di belakang pelajar lain, tapi aku berjaya mendapat tempat kedua. Boleh je nak dapat nombor satu, tapi nanti kang nampak sangat menipu. Agak-agakla. Aku pon balik dengan membawa satu Tupperware yang besar.

P/s: Aku tak bersalah, cikgu rahmah yang ajar ok!

Gaya hidup sihat

Gaya hidup sihat

Semenjak dua menjak ni, aku mula mengamal gaya hidup sihat. Saje jeh. Dari segi pemakanan, exercise dan persekitaran semua aku ambil berat. Kalau dari segi pemakanan, setiap hari aku amalkan minum susu kambing, teh halia dan madu. Susu kambing tu baik untuk kulit, bagi licin dan cerah. Tambah pulak boleh cerahkan mata. Teh halia tu baik untuk buang angin dalam badan (bukan kentut ok!), yelah aku selalu sakit kepala, mak aku kata angin kat bahagian kepala tu. Selalunya, bila aku urut-urut sikit bahagian ubun-ubun ni, memang sendawa tak berenti-renti la. Macam makcik-makcik tua dah rupanya. Madu tu pulak, dah orang kata elok, aku pon minum la (takde tujuan khusus pon). Ok, masuk bab exercise pulak, aku dah mula jogging setiap weekend dengan adik-adik aku. Nak bagi body fit cikit. Fit macam Maya Karin pon ok dah. Wah ko!

Pagi-pagi jumaat tu ‘bangun!bangun!subuh!’mak aku kejut semua skali. Sudah subuh semua, tengok-tengok jam pukul 6.50 pagi. ‘Cantik lah ni!’bisik hati aku. ‘Adik, jom jogging’ aku ajak adik-adik aku(yang bongsu, second and third bongsu) yang masih atas sejadah tu. Tanpa mengangguk atau membantah, diorang bangun sarung seluar track dan sweater masing-masing. Aku tahu,diorang ni kalau ajak beriadah memang tak pernah tolak. Tak kisahlah jogging ke, main bola ke, main layang-layang ke, main anak patung ke, semua on je. Dengan muka sembap semua, dengan tak mandi bagai, semua dah ready dengan kasut kat bawah. Macam biase, akulah yang paling lambat, mane entah kasut sport aku tuh. Lepas 5 minit cari, baru jumpa. Area jogging, aku budget satu kampong binjai ni termasuk semua pelusuk tali air sekali. Sebelum start, semua duk stretching, warm up sikit. Mula lah jogging, 5 minit jogging tak berenti.Budak-budak tu semua kat depan, tinggal aku sorang je kat belakang. Jogging pon nak berlumba-lumba. Ni yang aku bengang ni. Letih gak kot, aku pon jalan je. Diorang entah mane hilang, tak nampak bayang dah. Tengok-tengok duk bersila atas jalan tunggu aku. ‘Lambat la kakak ni, kura-kura kito lagi laju’kata Haiqal sambil berdiri cekak pinggang. ‘ko senyap!kakak letih ni, kang ade jugak aku ikat ko kat pokok pisang ni kang!’bisik aku dalam hati. ‘Jom kita pi beli air’aku memberi cadangan apabila ternampak sebuah kedai makan di seberang jalan. Dengan air 100plus dan sebungkus nasi sorang satu kat tangan, semua nampak macam kebuluran giler. Jalan pon asyik jeling-jeling nasi kat tangan tu. ‘Dah la, jom balik!’aku beri arah arahan. Semua senyum apabila melihat aku keluarkan henset dan tekan butang call dan berkata ‘Abah, kakak duk kat kedai makan ni. Boleh tolong datang ambil, haiqal, adik,anif, semua dah pengsan’.

P/s: setiap hari, kitorang akan tambah laluan jogging. Makin jauh jogging, makin sihat, tak gitu?Erm, tapi, aku rase makin jauh jogging, makin menyusahkan abah aku adelah.

Perahu layar

Perahu layar


Dah bertahun-tahun aku main layar, tapi pada hakikatnya, aku sebenarnya tak pandai pon nak main layar nih. Tiap-tiap petang duk berjemur tepi pantai tu, sampai aku rase kulit anak negro pon lagi putih daripada kulit aku. Yelah, orang lain training mau tiga empat round sosej rectanglelah. Aku? Perahu layar je ade orang turunkan, anak coach kan. Time-time baru belajar layar, biasenya aku naik layar dengan budak lain. Yang hebat-hebat je ok! Wah, memang lajulah depa ni bawak, tak kira ade angin ke tak, gerak macam ade enjin kat belakang boat tu.

Abah aku dah pesan, ‘nanti nak tukar arah atau pusing floater, kakak tunduk tau’. Budak yang bawak aku tu pon pesan benda yang sama. So, aku memang berjaga-jagalah. Belum sampai kat floater tu pon aku dah tunduk, kepala rapat ke dasar boat. Lepas layar berpusing, aku pon terus angkat kepala ‘ting!’kepala aku terhantuk tiang layar tu. Memang bengong la kejap kepala ni. ‘La, kenapa bangun, belum habis pusing floater lagi’ . Selalunya, masa pusing floater, time buat bentuk sosej, kita kena pusing arah dua kali, jadi layar akan bertukar arah dua kali. Dan bila aku naik ke darat dengan telur di dahi ni, ayah aku hanya senyum je dari jauh. Aku bengang! Abah aku tak paksa sangat aku training layar. Lagipon aku sorang je girl situ, training gitu-gitu sudah. Buat rectangle skali pastu naik. Buat syarat katanya. Motif sebenarnya, abah aku nak hantar aku masuk tournament. Yelah, pompuan brape kerat sangat nak main perahu layar ni. Kalau nak main private lagi lah, kos boat die aje dah ribu-riban. Abah aku kata, ‘kakak kalau masuk, paling cibai pon dapat medal dan hamper’. Memang tak salah lagi. Setiap tournament yang aku pegi, aku tak pernah balik dengan tangan kosong. Selalunya, hadiah dari tempat pertama sampai ketiga atau kelima. Tapi peserta pompuan paling ramai pon 3 orang. Hadiah lagi banyak dari peserta. Lambat dua tiga hari daripada orang lain pon ko tetap akan consider sebagai pemenang. Heaven giler! Jangan tak tahu, aku pernah masuk sukma taw, wakil melaka. Siap masuk perbarisan lagih.


Sekadar gambar hiasan

Bab ni pon aku tak tahan jugak. Masuk sukma masa darjah satu. Dah la aku ni kecik cenonet je, kena pakai sweater perbarisan yang saiz XL, bapak aku pon x boleh nak pakai,menggeleber je, betapa besarnya baju tu. Nak buat macam mane, terpaksa, sarungla jugak. Mak aku pon tolong pakaikan pada aku. Pakai sweater aje, da sampai ke kaki, tutup semua, tak payah pakai seluar dah. Tangan pulak aku seret je kat lantai tu. Cuba berjalan. Abah aku kata,’pakai macam ni pon comey dah’sambil bahunya bergoncang tahan ketawa. Mak aku pon lipat tangan baju tu ke dalam sampai ke bahu, barulah nampak tangan aku. Part seluar tu, aku tibai pakai seluar track tadika aku tu je. Dengan selambernye aku masuk perbarisan tanpa pedulikan orang lain. Berape ratus orang ketawakan aku, aku tak taw la. Ala darjah satu bukan reti malu sangat pon.

P/s: Kalau pikir-pikir balik mase perbarisan tu,waaaaa, sumpah malu! Ade yang sampai pusing ke lain, gelakkan aku, yang hentak-hentak kaki toksah citer lah!

Trak mai dah!

TRAK MAI DAH!

Inilah rupa trak yang aku naik hari-hari


Dari darjah 3 sampai darjah 6, aku pergi balik sekolah naik trak. Trak ni level anak-anak koperal dan ke bawah la. Anak sarjan jalan kaki je, blok diorang dekat. Anak pegawai pulak naik land rover, sebab diorang tak ramai. Kalau kelas petang aku pergi naik landrover sebab tak ramai, dan kadang-kadang aku tumpang land rover Anissa (bapak dia leftenan konel, ade Batman sendiri, ade land rover lagih). Kadang-kadang sangat je abah aku hantar. Bab berebut naik trak tak payah cakap la, macam orang nak naik haji dah aku tengok smua. Mak aku selalu pesan ‘naik trak, jaga adik tu’. Masa tengah tunggu trak, aku ingat lagi pesan mak aku tu. Jadi,aku beli dua aiskrim,bagi adik aku satu. Tapi, tiba-tiba ade yang jerit ‘trak mai dah!’, aku lari pecut ke tangga trak. Tak lain tak bukan, aku dan sahabat baik aku (nurul Az-Zahra) jadi orang pertama sampai atas trak. Kalau tak ikut tangga, kitorang panjat je ikut pagar trak tu je. tak kuasa aku nak beratur. Dari atas aku senyum riak tengok budak-budak kat bawah masih beratur nak naik trak. Tetiba, ‘alamak!terlupa adik aku’. Menyusahkan betul budak cenonet ni. Aku nampak adik aku duk tarik beg roda sambil berlenggang-lenggang bawa aiskrim kat tangan kiri. Dia memang macam tu, selalu leka/ralit. Pernah skali dia kena tinggal sorang-sorang masa ikut rombongan sekolah sebab beratur belakang skali, pastu ralit tengok orang susun meja je pon. ‘Ko ingat kita pakai drebar ke?’ bisik aku dalam hati. Buatnye trak penuh, balik jalan kaki lah ko. Terpaksalah aku buat muka kesian, ‘Pakcik!pakcik!tolong angkat adik saya tu, yang belakang sekali tu.’ Pakcik tu pun angkat la adik aku skali dengan beg dia naik trak. ‘Wah, ngade-ngade ko ea. Ingat ko anak raja ke?Kena tinggal padan muka. Ko balik sorang-sorang la jalan kaki. Ade orang gila tengah jalan tu’aku cuba menakut-nakutkan dia dengan harapan esok dia tak lembap lagi. Tapi, seperti biase dia memang yang paling belakang skali beratur. Dan setiap hari jugaklah pakcik tu kena angkat dia naik trak.

Rupa dalam trak yang kosong

Bila kat atas trak tu, aku mesti ambik port depan kat jaring yang nampak sikit tu, sebab aku tak tahan duk tengah-tengah tak nampak dunia (rase macam duk dalam kotak pastu kena tendang), ataupun duk belakang, walaupun nampak dunia luar tapi bergerak mengundur lagilah aku pening. Bile trak gerak pulak, mak aii, melayang-layang la ko. Selalunya kapasiti satu trak tu dalam 50 orang. Time trak pusing ke kanan, semua 50 orang bergerak ke kanan, bukan gerak sikit-sikit, sampai himpit budak lain. Time gerak ke kiri, semua himpit ke kiri, mak aih, aku di tepi skali nih, tinggal nyawa-nyawa ikan je lagi, muka aku melekat terus kat jaring-jaring tu sampai tinggal bekas kat pipi nih. Sampaikan mak aku tanye ‘tidor ke dalam trak tadi?’, aku yang masih bengang sebab kena himpit tadi hanya menganggukkan kepala sahaja. Adik aku pulak, tengah seronok jilat aiskrim dapat duduk tepi pakcik escort tu.

P/s: kadang-kadang aku tak peduli pon adik aku kat belakang tu, aku lari naik duk kat drebar. Tapi, tak pernah lagi dia balik jalan kaki. Dia takut orang gila tengah jalan tu.

6 Ibnu Sina!

6 IBNU SINA!!!

Dalam kelas 6 Ibnu Sina, semuanya pengawas kecuali ketua kelas dan penolong. Sekecik-kecik aku pon pengawas jugak taw. Sekarang ni waktu BM, cikgu farez yang ajar, tapi bayang cikgu pun aku tak nampak. Hari ni balik pukul 12.45pm, so ade satu period lagi la sebelum balik. Budak-budak pompuan lain duk menyembang pasal cerite gerak khas semalam, saje aku malas nak ambik port. Ade yang keluar gi taman kat luar tu, duk bawah pokok la, main dgn ikan la, ade yang tengah main lompat getah kat belakang kelas, dan ada sekumpulan yang main lawan ceper. Niat murni di hati nak jadi pelajar baik hari ni.Wahh, kunun! Aku pun terus keluarkan buku math, dan buat homework yang cikgu ratipah bagi tadi. ‘Klekuk!’ tak pasal-pasal si Amalul, anak cikgu Rosli sekeh kepala aku. Bedebah betol! Dia terus lari sambil menjelirkan lidah’wek!!’. ‘Adoi!!sakit lah weh!jaga ko!’(aku memang tak suka mencarut mase kecik).Dalam kelas ni memang ada beberapa orang yang suka sekeh aku. Antaranya, Amalul,Syafiq, Kamarul, yang lain tak sangat. Tapi korang jangan ingat aku takut. Sebab, kadang-kadang aku yang sekeh diorang dulu. Bengang yang amat! Muka aku pon dah merah menyala, bebola mata dah berapi-api,rasenye kalu tak pakai tudung memang nampak asap keluar dari telinga. Tapi, ni kalau aku balas balik, sure aku akan disekeh bertubi-tubi. Aku pon bangun sambil cekak pinggang, berdiri kat depan pintu kelas. Aku jengah sedikit, nampak kelibat cikgu farez, laju berjalan ke kelas ini, senyap-senyap pergi kat si Amalul tu, aku setting time elok-elok, selangkah sebelum cikgu farez pijak dalam kelas aku,’klekuk!’aku sekeh balas Amalul, sekeh yang paling power. Aku lari pecut ke tempat dudukku.’padan muka ko!wek!’ . ‘Adoi!sakit !@#$%,siap ko’. Sebelum aku balas tadi pon, aku dah plan strategi baik punya. Tinggal beberapa minit je lagi loceng balik nak bunyi. Cikgu Farez bagi soalan tatabahasa hari ni, salin dan siapkan di rumah. Seminit sebelum bunyi, buku-buku semua aku dah kemas masuk dalam beg, siap pikul beg lagih. Tapi, buku tatabahasa masih di tangan, buat-buat salin homework kunun. ‘Kriiiiiiggg!’ ‘Terima kasih cikgu!’skali nafas semua. Aku kepit buku tatabahasa di ketiak dan lari pecut ke trak tanpa menoleh ke belakang lagi. ‘HAHAHA!’ aku gelak dari atas trak tengok Amalul berjalan sambil gosok kepala.

P/s: Sekeh paling power adalah dari Syafiq(ketua pengawas), boleh bengong kejap kalu kena, tapi, aku tak pernah tak dapat balas balik.

Best ke jadi Puteri?

BEST KER JADI PUTERI??

Bukan puteri diraja mahkota atau PUTERI (kat tv3 tu, nama saya puteri farah binti nordin, ramai orang tanye kenape puteri, saya ni anak kerabat diraja ke…blabla).

Cukuplah aku setakat menjadi satu-satunya puteri dalam keluargaku ini. Best ker?Wallaweehh!! Kalau bab baju ke, kasut ke, tudung ke, aku tak heran sangat, tapi yang satu ni aku rasa best giler jadi puteri nih. Apekah? ~well, memandangkan adik-beradik aku yang enam tu semuanya hero, bapak pulak komando, memang takkan pernah boleh nak bermanja-manja sesame mereka. So, diorang akan manja-manja dengan aku je la. Lagi-lagi yang bongsu dua orang tu. Kalau boleh setiap masa nak peluk aku. Kalau aku duk bersila, pakat menyandar kat aku, sampai duk kat atas riba kadang-kadang tu. Bukan kecik lagi, dah darjah 2 and darjah 6 dah pon. Kalau berjalan tu, sure diorang takkan lepas tangan aku. Bab bergambar tak tahan, dua-dua akan cium pipi aku kuat-kuat. Memang terasa sangat disayangilah.

P/s:Cuba buat kata abang-abang diorang tengok. Aku rase memang makan penyepak la.