Bila tengok cerita Upin Ipin episode pondok-pondok ni, tetiba aku teringat zaman kanak-kanak dulu. Permainan wajib semua kanak-kanak semestinya pondok-pondok. Kalau hang pa semua lahir era 90an ke, 80an ke, hang pa mesti pernah main. Tak kiralah laki ka, pompuan ka, hang toksah tipu la. Zaman aku dulu, main pondok-pondok ni adalah perkara wajib setiap petang. Memandangkan bapak –bapak kitorang semua askar, so part nak mencari ‘perkakas’ adalah sangat senang. Selalunya aku rembat barang-barang yang bapak aku guna untuk masuk hutan tu, macam bekas memasak, lilin dan lighter. Perkakas tambahan lain seperti tin milo sebagai dapur (buat api dalam tin), kayu-kayu kecik sebagai sodek dan daun, rumput, tanah, pasir dan batu sebagai bahan masakan. Lokasi memasak ialah dalam reban ayam atas bukit, tepi blok kitorang nih. Sebenarnya, kedudukan reban ayam ni di bawah tanah. Camne nak citer ea?La, macam kita tengok lubang paip air kat tengah jalan raya tu,haa, lepas tu ade macam bilik bawah tu. Macam tu lah. Lantak korang lah nak faham camne. Selalunya yang jadi tukang masak ialah Ayu anak cik ramli, dia siap pakai apron lagi. Entah apron sape la yang kena rembat. Selalunya benda yang dia masak, seperti yang aku sebut tadilah, daun, rumput, batu, dan pasir, kalau ade rezeki lebih sikit, barulah kitorang boleh masak belalang, katak atau semut. Tak berani aku nak masak ayam dalam reban tu, takut abah aku tahu nanti, aku pulak yang kena sembelih kang.Kalau yang lelaki berebot nak jadi bapak. Selalunya Ehsan, adik si ayu akan jadi bapak sebab dia paling besar(paling samseng). Kostumnya untuk seorang bapak adalah seperti songkok, kain pelekat, dan pistol air(selit kat tepi kain pelekat tu, aku pon tak faham kenapa pistol menjadi kostum wajib). Aku dan lain-lain hanya akan pegang watak tambahan sahaja iaitu sebagai anak. Suatu hari, aku dan Ehsan turun awal sikit dari budak-budak lain dengan harapan nak cari belalang atau katak untuk dimasak. Tiba-tiba ‘weh, tengok tu, besarnye ular. Bapak kau baru beli ke?’ tanya Ehsan kepadaku setelah melihat seekor ular sawa sepanjang 9 meter di penjuru reban, tak bergerak kekenyangan (jangan pelik, itu soalan biasa dari Ehsan sebab dia tak takut ape benda, ular pon pegang main-main je). ‘Eh,bapak aku tak cakap pon nak bela ular’aku menjawab (aku memang lurus bendul+aku tak takut sangat kat binatang). ‘Terer la bapak ko bela ular macam dalam tv tu’beritahu Ehsan lagi. ‘ Tapi aku rasa taklah. Ni mesti ular orang lain sesat masuk dalam reban ni. Eh kejaplah, aku balik tanye abah aku, ular sape nih?’ aku pon berlari ke rumah. Dengan segera, abah aku dan beberapa rakannya bawak guni dan alat-alat lain untuk tangkap ular sawa tu. ‘Ehsan, ko reti tak, ular sawa lah tu!Bukan anak kucing’ jerit abah aku apabila melihat Ehsan duk tonyoh-tonyoh badan ular itu dengan kayu. Itulah kali terakhir kitorang main pondok-pondok kat situ.

Sekadar gambar hiasan
P/s: Selepas hari tu, abah aku dah tutup terus lubang tu, ayam-ayam pon dia dah alih masuk reban baru kat atas rumah.










